Menu Tradisi Masyarakat China Kini Viral Di Malaysia

KUALA LUMPUR 23 AUGUST 2022 : Mala Mini Hotpot , Peneraju pasaran “Halal Mala” yang pertama di Malaysia, menjemput orang ramai untuk mencuba resepi Asli Mala yang popular di negara China di Outlet Express perdananya di Food Republic Pavilion.

Sejak pelancarannya sebulan lalu, hidangan yang berasaskan serbuk lada Sichuan yang pedas dan kebas ini telah mendapat  sambutan yang amat menggalakkan terutamanya dari kalangan masyarakat melayu yang gembira dengan pengalaman pertama mereka mencuba resepi Mala ini.

Dengan perkembangan internet dan media baharu, perkongsian maklumat melalui media sosial telah menjadikan Mala Mini Hotpot sebagai topik semasa dan sebuah keterujaan baharu bagi orang ramai untuk turut marasainya.

Mala Mini Hotpot menyajikan sejenis resepi asli tradisi masyarakat di negara China yang telah menjadi warisan turun temurun sejak berzaman. Lebih menarik lagi, dengan pasaran perkembang pesat ekonomi negara China dn jalinan hubungan dengan negara luar, ianya telah pun menjadikan sajian resepi Mala ini turut berkembang di seluruh dunia. Mala Mini Hotpot memperkenalkan tiga jenis hidangan yang berasaskan resepi Mala sebagai  produk jualannya iaitu:-

MALATANG yang merupakan ‘street-food’ atau makanan jalanan yang sangat popular di Sichuan, Beijing, Chongqing dan Xinjiang. Ia berasal dari Leshan, Wilayah Sichuan. Nama “Ma-La-Tang” yang bermaksud banyak lada dan serbuk cili perlu ditambah ke dalam hidangan supaya ia menjadi ‘pedas dan kebas’. Malatang yang berkonsepkan “cepat, sedap dan murah” mendapat sambutan hangat daripada segenap lapisan masyarakat.

MALA CHUAN CHUAN ialah makanan tradisional yang berasal dari Chongqing dan Sichuan. Di Mala Mini Hotpot, Chuan Chuan disediakan dengan gaya moden generasi muda iaitu “Walking Cup” yang boleh dinikmati di mana-mana tempat dan keadaan. “Mala Chuan Chuan” mendapat namanya kerana bahan-bahan makanan dicucuk pada lidi sebelum dicelup ke dalam periuk panas untuk dimasak. 

MALA HOTPOT memiliki aroma mala asli yang menyelerakan dan disertakan dengan pelbagai pilihan bahan makanan segar yang berkualiti tinggi dan memiliki unsur ketagihan dengan cara sajian Hotpot panas. Ianya dimasak dengan campuran cili yang pedas Bersama lada Sichuan yang kebas dan pedas. Campuran daging dan bahan-bahan berkualiti yang lain dicelupkan bersama sup Mala untuk dimasak.Di cawangan Outlet Express, Mala Hotpot disediakan dalam bentuk Self Heating,dan sedia untuk dimakan. 

Selain menyajikan hidangan menu yang baru dan istimewa untuk masyarakat Malaysia, Mala Mini Hotpot juga turut menawarkan perniagaan kepada orang ramai terutamanya usahawan muda.Latihan dan bimbingan disediakan kepada mereka yang baru ingin memulakan perniagaan ini.

“Visi kami sangat jelas, iaitu menjalankan operasi perniagaan yang mesra usahawan dengan memperkenalkan model perniagaan yang ringan aset atau dikenali sebagai  (Asset Light Business Model)” kata En Zamriwalikram, Pengarah Urusan  Mala Mini Hotpot .

Jelas beliau lagi empat perkara pokok yang diterapkan dalam Perniagaan ringan asset di  Mala Mini Hotpot Sdb Bhd ini adalah : 

  1. Modal yang rendah dan munasabah– Tujuannya agar ramai usahawan muda dapat bergabung dengan Mala mini Hotpot
  2. Pulangan Modal (ROI) yang pantas – Ini adalah satu elemen yang sangat penting dalam perniagaan, kerana kepantasan (ROI) dapat mempercepatkan pulangan modal yang memacu kepada perkembangan perniagaan.
  3. Keuntungan yang tinggi – Bukan sekadar meraih jualan, tetapi mengutamakan keuntungan dengan langkah merendahkan kos operasi serta kos bahan mentah.
  4. Ruang Perkembangan Yang Luas – Operasi teknikal yang mudah dikendali tanpa keperluan tenaga mahir serta (SOP) Prosedur Operasi Standard yang seragam memudahkan sistem perniagaan ini diduplikasi.

Kaedah operasi perniagaan ini dapat dinilai berjaya kalau dilihat  dari sudut peningkatan volum jualan yang ketara.Ini kerana sumbangan pasaran sedia ada dari masyarakat Cina yang telah tahu akan keenakan resepi Mala, dan ditambah dengan pasaran Halal dengan komposisi 73% masyarakat Melayu di Malaysia.

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang peluang kerjasama bersama Mala Mini Hotpot,mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami di [email protected] atau Whatsapp kami di 014 6353413.

Mala Mini Hotpot yang dipengerusikan oleh Y.A.M. Tengku Sulaiman Shah Al Haj Y,A,M.TENGKU LAKSAMANA SELANGOR sentiasa komited terhadap membangun sistem pengurusan yang berinovasi dan saintifik dengan teras enam pilar utamanya iaitu:-

  • Pusat Pembangunan Produk
  • Pusat Pengedaran 
  • Pusat Teknologi
  • Pusat Latihan
  • Pusat Jualan
  • Pusat Pemasaran

Mala Mini Hotpot yang beribu pejabat di Pusat Komersil Equin, Seri Kembangan kini membuka beberapa cawangan Outlet Expressnya di Pavilion Bukit Jalil, Aeon Shah Alam, One Utama Shopping Mall, Queensbay Mall Penang dan satu  cawangan Outlet Premiumnya  di IOI City Mall Putrajaya yang bakal di rasmikan pada 14hb Disember tahun ini.

admin
Author: admin

Add a little spice to your life,The handpicked spices to enhance your dishes

Tags :
Uncategorized
Share This :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *